Ahad, 7 Oktober 2012

How I Met Myself -THE LOVING and CARING CHARACTER


THE LOVING and CARING CHARACTER

 My friend and I made this for our homework

            The most loving and caring character that I choose from the novel How I Met Myself by David A. Hill is Andrea Taylor. The reason why I choose Andrea is because she was worried when her husband, John Taylor came home late from work. She was crying while waiting her husband at the front door. As a caring woman she worried if her husband is having an affair with another woman. She was worried until she burst into tears. This is the reason, why I chose Andrea as the most loving and caring character in this novel.

            The next reason I chose Andrea Taylor as a caring character because she was awared of her husband drastic changes. She also felt sorry when her husband having nightmares and when he was too obsessed of the doppleganger. She woke up in the middle of the night to calm her husband and asked him to sleep back. She also warned her husband to forget his nightmares and the doppleganger because she was too worried of John Taylor’s health.

            The last reason I chose Andrea Taylor as a loving and caring character because she really loved her husband, John Taylor and their only daughter, Kati. She kissed her husband before he went to the work and often spent their family time together to stroll in the park with John and Kati in the weekend. She also was willing to work at Zsolt’s bar to stay close with her beloved husband and her lovely daughter. The bar was also near from their house too.

            In a nutshell, as a wife and a mother we must love and care for our family to maintain the happiness in our family.

By Hanani and Laili (3A)

KARANGAN LAPORAN HARI KOPERASI SEKOLAH


Laporan Hari Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh

                Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh telah mengadakan Hari Kantin sekolah pada 27 Jun 2012 iaitu pada hari Khamis yang lepas.Sehubungan dengan itu, pelbagai  aktiviti jualan telah diadakan bertempat di Dataran Ilmu, tempat perhimpunan sekolah bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 3.00 petang.

                Tujuan Hari Koperasi ini diadakan adalah untuk menambah wang tabungan persatuan dan kelab yang ada di sekolah ini. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah. Sebahagian keuntungan yang diperoleh akan diperuntuk kepada program menceriakan dan melestarikan kawasan sekolah.  Selain itu, aktiviti ini mampu menyemai sikap berdikari dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah yang mana setiap persatuan dan kelab akan mengendalikan sebuah gerai..

                Tepat pada pukul 8.00 pagi, para peserta yang terdiri oleh kalangan pelajar sibuk menyediakan barangan jualan di khemah-khemah yang telah disediakan. Para peserta kelihatan bersemangat ketika mendirikan gerai masing-masing. Terdapat pelbagai aneka jualan yang dijual. Antaranya pelbagai jenis makanan dan minuman berserta buku. Makanan dan minuman terdiri daripada aneka mee, pelbagai jenis kek, nasi ayam, laksa, air kisar pelbagai perisa dan banyak lagi. Ada juga gerai menjual pakaian, tudung dan aksesori wanita.

                Sambutan pada tahun ini amat meriah berbanding tahun -tahun sebelumnya. Sambutan amat menggalakkan kerana seramai  200 orang pelajar dan 120 orang guru terlibat serta 20 persatuan dan kelab yang mengambil bahagian. Selain itu, para petugas Koperasi memasang muzik latar ‘beatsbox’  untuk merancakkan lagi suasana jualan pada Hari Koperasi.

                Malahan, Hari Koperasi mendapat sambutan amat menggalakkan daripada ibu bapa dan komuniti setempat . Mereka turut hadir untuk membeli juadah selepas hadir pada Majlis Hari Terbuka sekolah. Hasil jualan yang dijalankan oleh pelajar  telah mencatat jumlah sebanyak RM10 000. Jumlah yang berjaya dikumpulkan ini amat membanggakan banyak pihak.

                Pada pukul 3.00 petang, acara Hari Koperasi sampai ke penghujungnya. Sebelum itu, banyak gerai mengadakan jualan penghabisan stok sebelum menutup gerai masing-masing. Banyak pengunjung berpusu-pusu untuk membeli makanan dan minuman dengan harga yang murah.

                Kesimpulannya, sambutan Hari Koperasi tahun ini sungguh meriah dan mendapat sambutan yang hebat daripada pelbagai pihak. Semua guru dan pelajar telah menunjukkan komitmen dan kerjasama yang sangat erat. Diharapkan sambutan Hari Koperasi ini dapat diadakan dua kali setahun agar pelajar dapat berpeluang menunjukkan bakat masing –masing dalam bidang usahawan.
               
Disediakan oleh:                                                                                       3 JULAI 2012 

(NAMA PENUH ANDA)
Setiausaha Hari Koperasi,
 Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh.

Oleh Hanani (3A)