Laporan Hari Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Baru Sungai Buloh
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Baru Sungai Buloh telah mengadakan Hari Kantin sekolah pada 27 Jun 2012 iaitu
pada hari Khamis yang lepas.Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti jualan telah diadakan bertempat di
Dataran Ilmu, tempat perhimpunan sekolah bermula dari pukul 8.00 pagi hingga
pukul 3.00 petang.
Tujuan
Hari Koperasi ini diadakan adalah untuk menambah wang tabungan persatuan dan
kelab yang ada di sekolah ini. Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberi
manfaat kepada pihak sekolah. Sebahagian keuntungan yang diperoleh akan
diperuntuk kepada program menceriakan dan melestarikan kawasan sekolah. Selain itu, aktiviti ini mampu menyemai sikap
berdikari dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah yang
mana setiap persatuan dan kelab akan mengendalikan sebuah gerai..
Tepat
pada pukul 8.00 pagi, para peserta yang terdiri oleh kalangan pelajar sibuk
menyediakan barangan jualan di khemah-khemah yang telah disediakan. Para
peserta kelihatan bersemangat ketika mendirikan gerai masing-masing. Terdapat
pelbagai aneka jualan yang dijual. Antaranya pelbagai jenis makanan dan minuman
berserta buku. Makanan dan minuman terdiri daripada aneka mee, pelbagai jenis
kek, nasi ayam, laksa, air kisar pelbagai perisa dan banyak lagi. Ada juga
gerai menjual pakaian, tudung dan aksesori wanita.
Sambutan
pada tahun ini amat meriah berbanding tahun -tahun sebelumnya. Sambutan amat
menggalakkan kerana seramai 200 orang pelajar
dan 120 orang guru terlibat serta 20 persatuan dan kelab yang mengambil
bahagian. Selain itu, para petugas Koperasi memasang muzik latar
‘beatsbox’ untuk merancakkan lagi
suasana jualan pada Hari Koperasi.
Malahan,
Hari Koperasi mendapat sambutan amat menggalakkan daripada ibu bapa dan
komuniti setempat . Mereka turut hadir untuk membeli juadah selepas hadir pada
Majlis Hari Terbuka sekolah. Hasil jualan yang dijalankan oleh pelajar telah mencatat jumlah sebanyak RM10 000.
Jumlah yang berjaya dikumpulkan ini amat membanggakan banyak pihak.
Pada
pukul 3.00 petang, acara Hari Koperasi sampai ke penghujungnya. Sebelum itu, banyak
gerai mengadakan jualan penghabisan stok sebelum menutup gerai masing-masing.
Banyak pengunjung berpusu-pusu untuk membeli makanan dan minuman dengan harga
yang murah.
Kesimpulannya,
sambutan Hari Koperasi tahun ini sungguh meriah dan mendapat sambutan yang
hebat daripada pelbagai pihak. Semua guru dan pelajar telah menunjukkan
komitmen dan kerjasama yang sangat erat. Diharapkan sambutan Hari Koperasi ini
dapat diadakan dua kali setahun agar pelajar dapat berpeluang menunjukkan bakat
masing –masing dalam bidang usahawan.
Disediakan
oleh: 3 JULAI 2012
(NAMA PENUH ANDA)
Setiausaha
Hari Koperasi,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai
Buloh.
Oleh Hanani (3A)
Oleh Hanani (3A)
terima kasih. boleh juga saya jadikan ini sebagai panduan. :3
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamTq so much
BalasPadamvery interesting
BalasPadamtq very much
BalasPadambaik bossku id ml 17329292022
BalasPadamTibe
PadamTqvm...
BalasPadamCASINOS on mobile for Android and iOS - JT Hub
BalasPadamCasinoonie Casino 강원도 출장샵 – Get your €€1500 전라북도 출장샵 Welcome Package · Bonus Code: JCM200 · 충주 출장마사지 Mobile 충청북도 출장안마 Devices: iPhone 7, iPhone 8, iPhone 광양 출장마사지 X, iPhone X, iPhone X.